Polis Los Angeles County mengesahkan tiada suspek lain yang terlibat dalam insiden tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, California ketika sambutan tahun baharu cina pada hujung minggu lalu.<br /><br />Ia hasil siasatan selepas suspek yang terlibat dalam insiden itu ditemui mati akibat bunuh diri apabila kenderaannya diserbu polis.<br /><br />Sheriff Los Angeles County, Robert Luna yang mengesahkan perkara itu memaklumkan motif suspek Huu Can Tran, 72 tahun bagaimanapun tidak diketahui.
